Home Artikel PAS Wilayah

Gotong-royong Anak Muda PAS Titiwangsa

65 views
SHARE

GOTONG ROYONG ANAK MUDA PAS TITIWANGSA

– Muizzuddin Hamid

Gabungan dua entiti yang berada di Sektor Tanggungjawab Sosial dan Khidmat Masyarakat dibawah Dewan Pemuda PAS semalam bergabuhg bersama anak tempatan di Datok Keramat khususnya membersihkan Masjid Datok Keramat dan Tanah Perkuburan Islam Datok Keramat.

Bermula seawal 8.00 pagi anak muda berkumpul di Tanah Perkuburan Islam Datok Keramat. Kira kira hampir 40 orang tenaga bantuan hadir untuk turut serta bergotong royong pada waktu itu.

Lebih istimewa lagi, turut hadir waris keluarga Al Marhumah Dr. Lo’ Lo’ Ghazali, anak lelakinya dan isterinya turut sama memberi sokongan dan membantu sama dalam membersihkan tapak kubur dimana, kubur arwah mantan Ahli Parlimen PAS Titiwangsa turut berada di kawasan Tanah Perkuburan tersebut.

Setelah selesai di kubur sekitar jam 9.30 pagi, pemuda terus bergerak ke Masjid Al Akram, Datok Keramat untuk membersihkan kawasan masjid.

Kawasan lanskap masjid, mencuci kipas – kipas, dan membersihkan stor antara tugasan yang diberikan di Masjid Al-Akram.

Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Masjid, Hj. Abdul Karim dan seluruh Jawatankuasa Masjid Al Akram di atas kesudian membenarkan kami untuk bergotong royong di masjid dan Tanah Perkuburan Datok Keramat.

Tahniah juga diucapkan kepada Pengarah Sektor, Ustaz Wan Sam Abdul Salam dan Pengarah program juga merupakan komandan Jabatan Amal Malaysia Titiwangsa, Ustaz Hanif Syakir Yusoop dan seluruh AJK dan anak muda Titiwangsa yang turut serta.

Moga dengan program sebegini, dapatlah kita bersilaturrahim dan merapatkan diri dengan masyarakat setempat sebagaimana dianjurkan oleh Isla