Home Berita PAS Sabah

Alamria Medan Cungkil Bakat Murid PASTI

1026
SHARE

Oleh : Zulaikha Zulkiflee

SEPANGGAR – Sebanyak 13 buah PASTI sekitar Sepanggar telah menyertai Alamria PASTI Kawasan Sepanggar yang diadakan di Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Bandar Sierra, semalam.

Pelbagai pertandingan yang telah disertai oleh anak-anak murid PASTI, iaitu, Pertandingana Azan, Hafazan, Khutbah, Pidato, Sajak, Nasyid dan Kalam Jamaie. Secara tidak langsung, Alamria PASTI ini menjadi medan mencungkil bakat murid-murid PASTI.

Dalam ucapan perasmian penutupan, Timbalan Yang-Di-Pertua PAS Kawasan Sepanggar, Aspar bin Akbar telah menekankan bahawa anak-anak perlu mendapatkan pendedahan awal pendidikan Al-Quran di samping pendidikan akademik yang lain seperti yang telah diamalkan oleh PAS selama ini.

Beliau menambah, PAS Sepanggar bakal menubuhkan satu lagi produk pendidikan iaitu SMITI Kota Kinabalu yang akan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun hadapan bagi membantu menampung keperluan pendidikan agama yang diperlukan oleh masyarakat kini.

Beliau juga berkesempatan menguji bacaan Al-Quran beberapa orang murid PASTI.

Turut hadir bersama adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan Sepanggar, Mohd Afiq Nordin, Ketua Muslimat PAS Kawasan Sepanggar, Ummu Amirah Ali dan Pengerusi PASTI Kawasan Sepanggar, Azman Talib.