Home Berita PAS Sarawak

Gong Xi Fa Chai & Selamat Tahun Baru Cina 2020

2163
SHARE

Malaysia adalah unik dari segi bangsa, agama, dan etnik. Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dan apabila musim perayaan tiba, semua kaum akan menyambutnya mengikut kepercayaan dan
adat istiadat mereka masing-masing.

Tahun Baru Cina 2020 jatuh pada 25 Januari (Sabtu), dan perayaan akan berlangsung hingga 8 Februari, kira-kira 15 hari secara keseluruhan. 2020 adalah Tahun Tikus mengikut zodiak Cina.

Mengikut kepercayaan orang cina, Tikus adalah bintang haiwan pertama dalam kitaran zodiak Cina sebanyak 12 ekor haiwan. Tahun Tikus mengikut zodiak Cina menunjukkan bahawa minda yang fleksibel dan terbuka anda akan membuat hidup anda lebih mudah.

Tanpa mengira adat, amalan, dan kepercayaan sesuatu kaum, kita mesti belajar untuk memahami tradisi dan menghormati satu sama lain untuk hidup dalam harmoni. Ia menjadi amalan biasa bagi rakyat Malaysia untuk melawat dan menghormati satu sama lain selagi mereka tidak bercanggah dengan kepercayaan dan amalan agama mereka sendiri.

Rakyat Malaysia akan sentiasa hidup dalam damai dan harmoni selagi setiap orang memahami kepercayaan dan adat kaum masing-masing. PAS menyeru rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama di negara ini untuk terus belajar memahami, menghormati antara satu sama lain dan mengekalkan perpaduan untuk melihat rakyat Malaysia hidup dalam harmoni dan sejahtera.

Kepada kaum Cina di seluruh negara, kami ingin ucapkan Gong Xi Fa Chai. Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing. Kami harap anda gembira meraikan Tahun Baru Cina dengan keluarga dan rakan-rakan.

“Islam Memimpin Perpaduan”

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

English version

Gong Xi Fa Chai & Happy Chinese New Year 2020

Malaysia is unique in terms of race, religion, and ethnicity. Malaysia is made up of various races and religions and when the festive season arrives, all races will celebrate it according to their beliefs and their customs respectively.

Chinese New Year 2020 falls on January 25th (Saturday), and the festival runs until February 8th, approximately 15 days in total. 2020 is the Year of the Rats according to the Chinese zodiac.

According to Chinese belief, the Rat is the first animal star in the Chinese zodiac cycle of 12 animals. The Year of the Rats according to the Chinese zodiac shows that you’re flexible and open mind will make your life easier.

Regardless of the customs, practices, and beliefs of a people, we must learn to understand the tradition and respect for each other to live in harmony. It has become common practice for Malaysians to visit and respect one another as long as they are not in conflict with their own religious beliefs and practices.

Malaysians will always live in peace and harmony as long as everyone understands the beliefs and customs of each community. PAS calls on Malaysians of all races and religions in the country to continue to learn to understand, respect each other and maintain unity to see Malaysians live in harmony and peace.

To the Chinese all over the country, we would like to say Gong Xi Fa Chai. We wish a safe journey to their respective destination. We wish you happiness celebrate Chinese New Year with family and friends.

“Islam Leads to Unity”

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
Sarawak PAS Commissioner cum Miri PAS Chief