Home Berita PAS Wilayah

Golongan OKU Antara Penerima Bungkusan Bantuan Cakna Covid-19 PAS Bandar Tun Razak 

1024
SHARE

Golongan OKU antara penerima bungkusan bantuan Cakna Covid-19 PAS Bandar Tun Razak

Oleh: Cahaya Syuhada’

10 April 2020, Bandar Tun Razak – PAS Bandar Tun Razak (BTR) melalui Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Bandar Tun Razak (LKKPBTR) turut membantu meringankan beban golongan Orang Kurang Upaya (OKU) kategori penglihatan, pendengaran dan saraf di sekitar BTR. Data mereka diperoleh daripada Pusat Aduan Rakyat PAS BTR.

Sehingga hari ini, bantuan telah meliputi semua tempat di BTR seperti Flat Sri Kota, PPR Sri Mulia, PPR Sri Sabah, Sri Johor, Sri Melaka, Sri Pulau Pinang, Jln Ikan Emas, Bdr Permaisuri, Desa Tasik, Bdr Tasik Selatan, PPR Desa Tun Razak, PPR Sri Malaysia, Kg Malaysia Tambahan, Desa Cheras dan Flat Sri Perindu.

Penerima telah diberi secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan dan dana sumbangan Cakna Covid-19 PAS BTR. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, sebanyak 310 set bantuan keperluan barangan asas dapur telah berjaya diserahkan kepada golongan terjejas.

Dikesempatan ini, PAS BTR mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak sepanjang kempen Cakna Covid-19 PAS BTR diadakan. Semoga semua dalam lindungan Allah SWT.

#DudukRumah

#StayAtHome

#CegahCovid19

#RingankanBebanMereka

#TabungCaknaCovid19

#LajnahKebajikanKemasyarakatanPASBTR