Home Artikel PAS Sabah

Golongan asnaf, OKU dan ibu tunggal terima sumbangan Aidilfitri daripada PAS Putatan

34
SHARE

Oleh : Nursam Mohammad

11 Mei 2021

PUTATAN : Sebanyak 50 bakul makanan yang berisi bahan mentah serta hidangan sempena Aidilfitri 1442H telah diedarkan kepada masyarakat setempat di PPR Taman Sri Serigai dalam Parlimen Putatan, semalam.

Program sumbangan Aidilfitri anjuran Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Putatan diketuai oleh Ustaz Muhammad Akmal Othman, YDP PAS Kawasan Putatan dan Tuan Haji Khairan Untoh, NYDP PAS Kawasan Putatan.

Program kali ini mensasarkan golongan asnaf, orang kurang upaya (OKU), dan ibu tunggal.

Menurut Haji Khairan, PAS Putatan komited melaksanakan program ini pada bulan Ramadhan saban tahun kerana prihatin terhadap keperluan asas penduduk setempat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Haslindah Beddu seorang suri rumah ketika ditemui berkata melahirkan rasa syukur serta menyifatkan bantuan sebegini dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

Sementara itu, seorang lagi suri rumah, Norizan Mansor turut sama memberi ucapan terima kasih kepada PAS Kawasan Putatan.

Turut hadir dalam program ini Tuan Fredie Haqeem Marcelius, Pengerusi Surau Al-Fateh PPR Taman Sri Serigai.