Home Berita PAS Wilayah

Golongan Asnaf Doa Kebaikan Atas Sumbangan

1004
SHARE

BATU, 27 Mei – Program ‘Sumbangan Kit Seronoknya Ramadhan’ anjuran Ameerah Kawasan Batu diteruskan lagi pada hari kedua di sekitar Sentul, hari ini.

Kelompok masyarakat yang diziarahi dalam pusingan terakhir ini adalah golongan asnaf dari kalangan pelajar-pelajar anak yatim, warga tua kurang upaya (OKU), golongan ibu tunggal warga emas dan ibu-ibu tunggal miskin. Pihak penganjur telah berjaya mengagihkan Kit Seronoknya Ramadhan di 17 buah unit Flat Sri Kelantan, 3 orang anak yatim dari PASTI serta 4 orang asnaf di Padang Balang.

Dalam ziarah kali ini, Ameerah Batu juga berjaya mengesan beberapa buah keluarga asnaf lain yang juga layak menerima sumbangan tersebut.

Para penerima telah melahirkan rasa terharu dan mendoakan kebaikan kepada para penyumbang atas sumbangan yang diberikan.

Pada masa yang sama, mereka turut meluahkan rasa seronok kerana sumbangan tersebut dapat meringankan beban mereka menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

“Seronok PAS datang. Dapat kenal – kenal,” ujar salah seorang penerima yang gembira dapat mengenali PAS dalam program ini.