Home Berita PAS Wilayah

Ziarah Kasih Ramadan Hospital Labuan

1254
SHARE

LABUAN, 26 Mei – Program Ziarah Kasih Hospital Labuan berjaya dilaksanakan dengan sambutan baik dari warga Hospital Labuan.

Program Ziarah Kasih ini merupakan salah satu aktiviti sepanjang bulan Ramadhan anjuran PAS Labuan, di mana pesakit-pesakit di setiap wad diziarahi serta diberikan sedikit buah tangan seterusnya bersama membaca doa diberi kesembuhan yang dipimpin oleh En Zulafham Zulkifli, Setiausaha PAS Labuan.

Antara wad yang diziarahi termasuklah Wad Kanak-kanak Dan Perempuan, Wad Lelaki, Wad Bersalin dan juga di Unit ICU.