Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Gimik Permata Berkilau di Dewan Muktamar Muslimat

107
SHARE

Oleh: Nurul Ashidah Johari

SHAH ALAM, 18 Oktober – Majlis perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat telah disempurnakan oleh YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob, Timbalan Mursyidul Am PAS.

Dewan muktamar bergelap seketika bagi memberi laluan gimik pelancaran muktamar tahunan kali ke 63 dengan persembahan montaj dan gimik oleh perasmi.

Simbolik permata yang dipilih oleh Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bagi menghargai jasa muslimat PAS dari segenap pelusuk tidak kira golongan, umur dan profesion kerjaya.

Tayangan montaj yang sangat ekslusif telah disediakan oleh unit IT dan Siaraya memaparkan wajah-wajah muslimat yang telah banyak berkorban jiwa raga, tenaga, wang dan masa dalam meneruskan perjuangan fisabillah.

Di hujung montaj, dititipkan hadis kitalah antara permata-permata 12,000 muslimat ansorullah yang disebut oleh Rasullullah SWT sebagai jentera yang akan memenangkan Islam.