Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Buloh
Begitu sekali DAP tidak setuju dengan tindakan Menteri Besar Kedah, Dato Muhammad Sanusi Md Nor, kerana enggan memperbaharui lesen perjudian, sehingga mahu heret perkara tersebut ke mahkamah.
Apa yang DAP nak sebenarnya?
Apakah ‘Malaysian Malaysia’ yang hendak diperjuangkan DAP, sebuah negara yang menjunjung judi, arak dan pelbagai masalah sosial lain?
Apakah sekiranya DAP memimpin Malaysia, rakyat tidak bebas untuk mengamalkan Islam secara total?
Benarlah firman Allah SWT;
وَ لَنۡ تَرۡضٰی عَنۡکَ الۡیَہُوۡدُ وَ لَا النَّصٰرٰی حَتّٰی تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ ؕ قُلۡ اِنَّ ہُدَی اللّٰہِ ہُوَ الۡہُدٰی ؕ وَ لَئِنِ اتَّبَعۡتَ اَہۡوَآءَہُمۡ بَعۡدَ الَّذِیۡ جَآءَکَ مِنَ الۡعِلۡمِ ۙ مَا لَکَ مِنَ اللّٰہِ مِنۡ وَّلِیٍّ وَّ لَا نَصِیۡرٍ
Maksudnya: “Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).” Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah.”
Pemuda PAS Sungai Buloh menyeru kepada seluruh masyarakat khususnya umat Islam untuk berpendirian tegas dan menolak pihak-pihak yang sentiasa mengganggu-gugat keharmonian antara kaum dan agama dalam negara.
Tindakan menghentikan lesen perjudian seharusnya dipuji kerana ia dapat mengurangkan masalah sosial bahkan menjaga keharmonian umat Islam dan masyarakat bukan Islam.
Semoga Allah permudahkan urusan Menteri Besar Kedah, Dato Muhammad Sanusi dan barisan Exco dalam memimpin rakyat dan negeri Kedah ke arah kemajuan dunia dan akhirat.
23 November 2021 | 18 Rabiul Akhir 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor