Home Kenyataan Media PAS Selangor

Gencatan Politik Serta Merta, Patuh Dan Akur Titah YDP Agong – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

263
SHARE

Oleh : Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

  1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menjunjung kasih titah YDP Agong hasil dari sidang Majlis Raja-raja Melayu pada hari ini berikutan isu semasa negara yang melibatkan kestabilan politik dan tumpuan kepada usaha keras menangani gelombang ketiga pandemik COVID-19.
  2. Jelas perjalanan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menangani COVID-19 ini diakui dan diiktiraf oleh YDP Agong akan keupayaan dan kemampuan kerajaan sekarang ini. Secara langsung menjawab kepada naratif jahat PH Plus yang dimainkan bahawa kerajaan PN hari ini gagal dalam tangani COVID-19.
  3. Selain itu, titah YDP Agong secara jelas dan tegas mendesak pimpinan parti-parti politik dan seluruh Ahli Parlimen agar memberikan fokus sepenuhnya dan kerjasama dalam menyelesaikan isu yang terkesan impak dari pandemik COVID-19 iaitu kesihatan, keselamatan, ekonomi dan kebajikan. Jika masih ada lagi kalangan ahli politik yang terus menerus bermain sentimen politik melampau sehingga mengabaikan fokus ini jelas mereka tidak peka dan patuh pada titah YDP Agong ini.
  4. Bagi memastikan dan merealisasikan “tiada keperluan isytihar darurat” sebagaimana yang dititahkan, DPPNS menggesa semua ahli politik dan pimpinan parti semua yang terlibat untuk diadakan gencatan senjata serta merta dan memberhentikan perseteruan politik demi lebih memberikan perhatian penuh kepada kebajikan rakyat dan tidak menambahkan lagi beban kerja petugas barisan hadapan yang telah banyak berkorban dan berjasa sepanjang negara menghadapi COVID-19.
  5. “Darurat Politik” yang menjadi polemik di media sosial sehari dua ini adalah disebabkab sikap tidak matang sebahagian ahli politik dan ahli Parlimen yang hanya memikirkan soal kepentingan kuasa yang ingin dikejar yang akhirnya mewujudkan ketidakstabilan politik negara yang boleh membantutkan kerja-kerja untuk menyelesaikan isu COVID-19 ini.
  6. Justeru, tanpa gencatan senjata kalangan ahli politik dan ahli Parlimen ia hanya akan terus mengheret negara ke kancah haru biru yang akhirnya rakyat menjadi mangsa kerakusan cita-cita peribadi seorang dua ahli Parlimen yang tidak peka dan peduli rintihan rakyat.
  7. Akhirnya, saya menyeru kepada semua rakyat agar memainkan peranan dalam menegur dan menasihati pimpinan politik dan ahli Parlimen untuk memberikan fokus yang satu demi kestabilan negara, kebajikan rakyat dan penghargaan kepada petugas barisan hadapan. Diharapkan semua pihak sama ada pihak pimpinan kerajaan, pembangkang dan juga rakyat akur dan patuh pada titah YDP Agong dengan serius.

Daulat Tuanku!

Memimpin Negara
Pemuda Bangkit Demi Islam

Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

25 Oktober 2020 l 8 Rabiul Awwal 1442H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#DaulatTuanku
#KekalTenang
#MalaysiaSejahtera