Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Genap 4 tahun Tuan guru Ustaz Dato’ Haji Abu Bakar Chik pulang ke Rahmatullah

256 views
SHARE

Mohon aminkan doanya saudaraku

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu

Hari ini 23/6/2014-23/6/2018 pada jam 3.16 minit pagi, genap 4 tahun Tuan guru Ustaz Dato’ Haji Abu Bakar Chik pulang ke Rahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Pantai Timur KM 390 laluan Bukit Besi-Ajil. Ketika berusia 63 tahun.

Almarhum ustaz Abu Bakar dilahirkan di Kampung Masjid Tepoh, Kuala Terengganu , Terengganu pada 18 Ogos 1950.

– Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Bukit Nenas.

– Kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin

– Dan Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin di Batu Burok, Kuala Terengganu.

– Seterusnya ke Kolej Islam Klang (KIK).

– Tahun 1973 beliau memasuki UKM hingga mendapat Ijazah Pertama Pengajian Islam dan Diploma Pendidikan.

– Di UKM, Almarhun memegang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa UKM.

– Pada tahun 1977 beliau menubuhkan Institut Berakan bersama rakan-rakannya.

Pernah juga bermukim ilmu di Universiti Islam di Sudan, melawat sambil belajar Bahasa Arab di Jami’ah Afriqiyyah Alamiyyah, Universiti Islam Sudan – 1995-1996

– Melawat sambil belajar Bahasa Inggeris di Fort Wayne Community College, Indiana, USA 1987-1988

– Almarhum juga Berkelulusan Ijazah Master Pengajian Islam, Open Universiti Malaysia (OUM) pada tahun 2011-2012

Kegigihannya menuntut ilmu tidak pernah berhenti, termasuk mengarang banyak kertas kerja pembinaan jamaah dan juga buku-buku untuk mencerahkan ahli tentang tasawwur perjuangan Islam.

Ustaz Dato Abu Bakar Chik adalah antara pengasas Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bersama Tuan Guru Haji Hadi, Ustaz Harun Taib, Ustaz Awang Nasruddin Abj Bakar, Ustaz Hussein Awang dan menjadi sebuah sekolah kader terbesar PAS.

Beliau juga terlibat mengasaskan Darul Taqwa Kuala Nerus, sekolah rendah Islam di bawah Dewan Ulama Terengganu.

Kecintaan almarhum kepada dunia pendidikan menyebabkan jamaah memberikan amanah beberapa penggal kepadanya untuk mempengerusikan Lujnah Pendidikan PAS Pusat.

Ustaz Menjadi aktivis semenjak zaman remaja, idealis kampus serta aktivis yang berani mendombrak kezaliman sehingga mendekam dalam tahanan ISA.

Pernah bertanding dalam PRU 1982 dan memenangi DUN Jeram. Ikon anak muda Malaysia ini, yang juga ketua Pemuda PAS Terengganu itu ditahan di khemah politik ISA, mendekam di Kamunting selama dua tahun pada tahun 1984.

Almarhum menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang ke-13, mengasaskan banyak institusi semasa membahterai pemuda termasuk Jabatan Pelajar, PASTI, JKS, SRIP dan pelbagai lagi.

Ustaz menang kali kedua dalam PRU tahun 1999 di DUN Batu Rakit, seterusnya dilantik sebagai Exco Kerajaan Terengganu dan memegang Potfolio Pertanian.

WeLoveUlama

Sumber – Ustaz Riduan Mohd Nor