Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Genap 3 Tahun Pemergian Tok Guru Nik Aziz

1375
SHARE
GENAP 3 TAHUN PEMERGIAN TOK GURU NIK AZIZ
Oleh : PPU Asyraf Hanif
Kota Bharu – Pemergian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan mantan Menteri Besar Kelantan pada tarikh 12 Februari 3 tahun yang lalu menimbulkan rasa sedih dan pilu menyelubungi negeri Kelantan.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan Menteri Besar Kelantan sejak tahun 1990 sehingga 2013 selepas PAS berjaya merampas kerajaan Kelantan dari pemerintahan Barisan Nasional.
Tampuk pemerintahan yang diambil PAS dibawah kendalian Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat itu telah melakukan banyak perubahan terhadap pemerintahan kerajaan negeri antaranya memindahkan wang dari bank konvesional kepada bank islam.
Pengemudi Kerajaan Kelantan bertukar tempat kepada Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dengan pilihan yang dibuat sendiri oleh Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan secara tidak langsung menyangkal persepsi buruk yang dilakukan terhadap pentadbiran Kerajaan Kelantan dibawah kendalian beliau.
“Habis dah tenaga saya, habih. Jadi saya pilih dia walaupun nampak dia geliguk, peringkat pertama. Jadi saya pesan pada kawan semua, kalau ada masalah apa buat sepertimana saya dulu.” Kata Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat suatu ketika dahulu.