Home Artikel PAS Perak

Edaran Kurma : PAS Jalinkan Silaturrahim Bersama Masyarakat

340 views
SHARE

Edaran Kurma : PAS Jalinkan Silaturrahim Bersama Masyarakat


TELUK INTAN – Sebanyak 100 kotak kurma dan takwim berbuka puasa Ramadhan sumbangan PAS Kawasan Teluk Intan telah berjaya diedarkan kepada penduduk Islam Taman Cicely, bersempena dengan Program Edaran Kurma menjelang kedatangan Ramadhan 1438H.

Agihan tersebut dijayakan oleh penggerak PAS Cawangan Batu 3 dibawah seliaan ketua cawangannya , Rustam Malik serta dibantu dengan jentera pemuda dan muslimat cawangan.

Program telah dimulakan dengan petugas berkumpul di PASTI Ibnu Rusyd, Taman Cicely pada pukul 8.30 pagi, kemudian bergerak bertemu masyarakat setempat yang terpilih dan berakhir pada pukul 11.00 pagi

Para petugas turut mengambil peluang beramah mesra dengan orang tempatan bahkan menerima sambutan mengalakkan serta mengharapkan program itu mampu mengeratkan lagi ukhuwah antara satu sama lain.

Menurut Ketua Pemuda Cawangan, Najib Masuri, 100 kotak kurma yang telah diedarkan masih tidak mencukupi dan mengharapkan agar lebih ramai penyumbang yang akan turut serta pada program yang akan datang.

Menurutnya, program itu juga turut dilaksanakan serentak di beberapa kawasan sekitar Teluk Intan yang dilaksanakan oleh PAS cawangan masing-masing di bawah seliaan PAS Kawasan Teluk Intan.

{jathumbnail off}