Oleh : RUSILAH MD SOM
SENDAYAN, 31Julai: Calon Perikatan Nasional (PN), Rozmal Malakan bakal menang di Dewan Undangan Negeri (DUN), N. 27 Rantau apabila Gelombang Kebangkitan Rakyat makin jelas dilihat sewaktu berkempen.
Menurut Rozmal Malakan, program sarapan pagi “walk-about’ di sekitar bandar Sendayan itu membuktikan bahawa aura kemenangan semakin jelas kerana rata-rata pengundi menyatakan sokongan kepada PN.
Rozmal berkata,” Saya rasa teruja dan terharu dengan sokongan yang diberikan oleh setiap pengundi yang saya temui dan saya berharap agar sokongan diterjemahkan dipeti undi pada 12 Ogos nanti”.
Beliau menyeru pengundi, katanya ” Undilah PN, agar tampok pimpinan berubah, sepertimana apa yang kita semua laungkan Nismilan Kito Ubah.”
Katanya lagi, hampir kesemua peniaga yang ditemui pada kempen di Pasar Malam pekan Rantau petang semalam jelas membuktikan gelombang menyokong PN itu mampu menumbangkan calon lawan.
DUN Rantau hanya ditandingi dua orang calon, iaitu calon PN dan calon Pakatan Harapan, Dato Seri Utama Mohamad Hasan yang merupakan penyandang Ahli Dewan Undangan Rakyat semenjak tahun 2004.