BATU, 7 Jun –Gelombang Hijau Ramadhan siri terakhir iaitu Siri 3 telah selamat dijalankan di Taman Beringin lebih kurang pukul 6 petang semalam.
Kali ini Pemuda PAS Batu berkumpul di Jalan Miri di mana lokasi tersebut sibuk dengan warga tempatan yang keluar mencari juadah untuk berbuka puasa dan membeli keperluan harian.
Lebih kurang 500 orang warga tempatan menerima flyers dan bubur lambuk bersempena dengan kempen Ayuh Bersederhana yang mengajak rakyat untuk berbelanja secara berhemah sekaligus mengelakkan pembaziran terutama sekali pada bulan Ramadan yang mulia ini.
Pemuda PAS Batu berpuas hati dengan siri – siri Gelombang Hijau Ramadhan yang telah diadakan dan berharap agar rakyat setempat mendapat kesedaran dari kempen tersebut.