Home Artikel PAS Wilayah

Gelombang Hijau PAS P115 Parlimen Batu Mendapat Sambutan

108 views
SHARE

_ZON BATU MUDA & KOPERASI POLIS_

BATU MUDA, 29 SEPTEMBER 2017– Sesuai dengan iltizam PAS untuk menjadi nadi masyarakat, Jentera PAS P115 Parlimen Batu Zon 2 hari ini telah turun bertemu masyarakat dalam program Gelombang Hijau yang bertempat di Pasar Malam Taman IKS. Program yang menyasarkan untuk menyampaikan kesungguhan PAS untuk membimbing Malaysia dengan Islam sebagai penyelesaian ini dijayakan dengan para petugas mengedarkan risalah penerangan kepada warga Parlimen Batu yang hadir ke pasar malam tersebut.

Menurut Ustaz Anuar, yang juga merupakan penyelaras program, beliau menyifatkan rata-rata responden dalam kalangan masyarakat pengundi Parlimen Batu menyambut baik kehadiran petugas PAS dan mengharapkan parti Islam ini mampu mengubah lanskap pentadbiran Malaysia yang dilihat caca marba, dan secara langsung memberikan kesan berantai kepada kesejahteraan masyarakat.

Program seumpama ini bukan sahaja tertumpu di kawasan Batu Muda, malah bakal digerakkan di seluruh parlimen Batu menerusi pembahagian zon yang telah ditetapkan oleh JK Induk JPRK PAS Batu.

Program yang bermula sejurus selepas solat maghrib ini berakhir kira-kira jam 10 malam dan turut disertai Pengarah JPR Zon 2, Ustaz Azharudin Ali.

#BatuBersatu
#KitaSejahteraBersama