Oleh: RAMIZAH RAHMAD
BATU, 21 APRIL: Skuad Ameerah Batu telah menyemarakkan Gelombang Hijau di Pasar Sentul, baru – baru ini.
Lebih kurang 20 orang ahli Ameerah Batu yang lengkap berbaju hijau hadir bersama belon PAS, risalah Manifesto Malaysia Sejahtera dan epal hijau untuk diagihkan kepada mereka yang datang ke pasar itu.
Program yang bermula pada jam 9.30 pagi itu, berjalan secara santai dan disambut baik oleh para peniaga dan pengunjung yang hadir. Ini dapat dilihat dari tumpuan mereka apabila Ustazah Hasliza dari Dewan Muslimat Batu memaklumkan bahawa PAS akan bertanding di Parlimen Batu pada PRU ke 14.
Di kesempatan yang sama, Puan Iffah Nabilah dari Ameerah Batu turut berkongsi manifesto yang ditawarkan oleh PAS iaitu antaranya penubuhan kerajaan teknokrat yang dapat memberikan khidmat kepada rakyat Malaysia mengikut kepakaran masing – masing.
Di akhir gelombang, Ustazah Hasliza dan Puan Iffah Nabilah menyeru agar para pengundi dapat memberikan undi kepada PAS pada PRU ke 14 ini.