Home Artikel PAS Wilayah

Manifesto Gagasan Sedia Hapus GST, Jaga Kebajikan Wanita

197 views
SHARE

Oleh: NURUL SAKINAH MOHAMAD

BATU, 21 April – Ameerah Kawasan Batu dan calon PAS bagi Parlimen Batu, Ustaz Azhar Yahya beramah mesra dengan pengunjung 99 Wonderland di Selayang, baru – baru ini.

Dalam kesempatan itu, Ustaz Azhar menerangkan kepada para pengunjung bahawasanya penghapusan GST adalah penyelesaian menurut Islam. “Kita membawa penyelesaian yang diajar oleh Rasulullah SAW kerana GST meningkatkan harga barang dan menyusahkan kehidupan rakyat. PAS menawarkan sistem percukaian yang mengambil sebahagian dari harta golongan kaya untuk dikongsi dengan rakyat miskin.”

Di samping itu, Ameerah Batu turut menampilkan Cik Adieyla Muhd untuk mengupas tentang Manifesto Malaysia Sejahtera yang menjaga kebajikan wanita berkerjaya.

Menurut beliau, “Statistik menunjukkan 54% wanita di Wilayah Persekutuan adalah wanita berkerjaya. Namun separuh daripada itu, berhasrat untuk berhenti dari kerjaya mereka”.

Ini merupakan isyarat supaya kebajikan wanita berkerjaya dijaga agar bidang profesional yang memerlukan sumbangan mereka dapat dipertahankan. Kerajaan Teknokrat yang ditawarkan oleh PAS memerlukan sumbangan wanita – wanita ini lalu adalah menjadi kemestian untuk menjaga hak – hak dan kebajikan mereka.