Home Berita PAS Wilayah

Gelombang Epal Hijau Warnai Pasar Malam

1603
SHARE

TITIWANGSA, 22 Mac- Bahang pilihan raya kian dirasai oleh semua pihak, begitu juga di peringkat Ameerah, sebuah entiti di bawah Dewan Muslimat PAS.

Ameerah Titiwangsa terus melangkah gagah, menerjah arus gelombang penuh bersemangat, apabila berjaya memimpin gerakan Gelombang Epal Hijau (GEH)di Pasar Malam Maluri semalam.

Ketua Ameerah Titiwangsa, Nusaibah Ibrahim berkata, Gelombang Epal Hijau diadakan bertujuan untuk memberi penerangan tawaran PAS menjelang PRU 14, disamping edaran risalah dan epal hijau kepada para pengunjung pasar malam.

“Menerusi GEH, kita berpeluang menyantuni para pengundi khususnya wanita muda untuk dengar masalah serta harapan mereka terhadap kepimpinan negara akan datang”, ujar beliau.

Turut hadir menyerikan suasana ialah YDP PAS Titiwangsa, Tn. Hj. Khairul Anuar b Abd Manap yang turut memuji inisiatif Ameerah mendekati pengundi-pengundi muda.

“Anak muda hari ini sudah pandai menilai. Mereka cenderung memilih pemimpin yang adil, bukan hanya tahu membuat fitnah dan culas menyelesaikan masalah rakyat”, katanya kelmarin.

Gelombang Epal Hijau semalam turut dimeriahkan dengan kunjungan orang ramai ke kaunter semakan daftar pengundi oleh jentera PAS Zon Pandan.

Secara keseluruhan, kehadiran Ameerah di Pasar Malam Maluri mendapat sambutan yang positif daripada warga kota semalam.

Gelombang Epal Hijau ini juga turut mendapat kerjasama dengan Unit Amal, Majlis Guru PASTI dan PAS Zon Pandan.