Home Artikel PAS Wilayah

Gabungan NGO, MPPWP WM Bantu Penduduk Setempat

557
SHARE

Oleh: Muhammad Hakim Al-Hashimi

Gambar Hiasan

WANGSA MAJU : Gabungan NGO Ikatan Muslimin Profesional (IMProf) , Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera dan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Wangsa Maju dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Wangsa Maju (MPPWP WM) menyampaikan bantuan kepada penduduk yang memerlukan di sini 8 November lalu.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera, Mohamad Asri ketika ditanya menyatakan bahawa sumbangan ini untuk membantu penduduk yang kehilangan punca pendapatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan sejak Mac lalu.

“Walaupun iklan kutipan sumbangan itu hanya dibuka sejak seminggu lalu, namun alhamdulillah kita menerima maklum balas yang baik daripada para penyumbang.

“Bagaimanapun, kami memerlukan lebih banyak sumbangan agar dapat membantu lebih ramai penduduk yang terjejas akibat pandemik Covid-19″, tambahnya.

Menurut beliau juga, dalam misi kali ini sebanyak 10 keluarga termasuk dari Kampung Setia Jaya, Seksyen 4 Wangsa Maju, Kampung Sungai Mulia, PPR Sri Langkawi dan Taman Melati telah dikunjungi untuk menyampaikan bantuan.

Sumbangan disampaikan oleh wakil IMProf, IR Awangku Alizul, wakil Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera, Mohamad Asri, wakil Jabatan Amal Malaysia Kawasan Wangsa Maju, Ustaz Mohd Abdul Hadi serta wakil MPPWP WM, Azmi Yusof.

Sumbangan masih boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad 12113010071315 atas nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN MAJU SEJAHTERA