Home Berita PAS Sabah

Fun Run PASTI terapkan amalan hidup sihat

317
SHARE

 

Oleh : Asrenna Yun
19 Oktober 2022

KOTA BELUD: Bersukan dapat menerapkan amalan hidup sihat dalam kalangan warga PASTI.

Menurut Pengarah Fun Run and Fun Ride, Nur Farah Alyaa Matnin, program itu dianjurkan untuk meraikan minggu Hari Sukan Negara dan bagi menyahut seruan objektif 5C Celik Cerdas yang dinyatakan dalam kokurikulum PASTI.

“Semoga dengan program seperti ini dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja menitikberatkan dari segi intelektual, tetapi menjadi generasi yang sihat dan menjaga tubuh badan dengan melakukan senaman yang bersifat santai seperti ini.

“Saya harap program seperti ini juga mampu mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga PASTI khususnya,” ujarnya di padang SMK Taun Gusi pada Ahad.

Program acara larian dan berbasikal itu dirasmikan oleh Yang DiPertua PAS Kota Belud, Awang Laiman Hj. Ikin serta dimeriahkan oleh pelajar, alumni dan ibu bapa PASTI.