Home Berita PAS Sarawak

Free Market PAS Sibuti Curi Perhatian Masyarakat

863
SHARE


SIBUTI – 12 Mei 2017
, Free Market yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Sibuti berjaya menarik perhatian masyarakat Sibuti yang hadir ke RTC Bekenu Sabtu lepas.

Program kemasyarakatan ini berjaya membuka ruang kepada PAS Kawasan Sibuti bertemu mata dengan masyarakat setempat serta beramah mesra dengan mereka.

Turut hadir ke program tersebut adalah Yang Di Pertua PAS Kawasan Sibuti, Encik Butir Bin Bakar.

Menariknya, Free Market kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat malah mereka dapat mengenali PAS dengan lebih dekat.


Menurut petugas PAS yang terlibat, masyarakat setempat sangat positif dengan kehadiran PAS, dan berharap agar program ini dapat dilaksanakan secara berterusan.


Semoga kehadiran PAS sebagai duta kebajikan dapat membantu meringankan beban masyarakat setempat di Sibuti.

{jathumbnail off}