Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Solihudin Mohamad Jahar
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Klang
Sejak semalam tular artikel berkenaan dua individu yang digambarkan sebagai dalang mencatur pencalonan bagi sesi pemilihan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ke-62 tahun ini yang berlangsung pada hari ini di Negeri Sembilan.
Dua individu tersebut adalah Ustaz Zaharudin Muhammad Dan Ustaz Abdul Mu’izz Muhammad.
Fitnah yang disebarkan adalah sangat jahat dan tidak berakhlak. Sepanjang dua sesi DPPK Klang bersama dengan mereka, apa yang diajar dan dikongsikan di dalam usrah hanyalah perbincangan ilmiah tanpa memburukkan individu lain. Program yang berlangsung dilaksanakan demi menerangkan isu semasa yang berlaku dan menjadi penerangan buat semua penggerak pemuda Klang khususnya.
DPPK Klang bagi sesi lepas bersama Ustaz Abdul Muizz Mohammed juga merupakan Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Klang kerap kali membincangkan permasalahan semasa secara ilmiah yang sarat dengan dalil dan hujjah yang hanya berdasarkan kepada Al-Quran dan hadis Nabi SAW khususnya di dalam program tarbiah dan usrah di peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Klang.
Justeru, DPPK Klang mengutuk dan menzahirkan kekesalan di atas kempen kotor yang dilancarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab semata-mata untuk menjatuhkan calon-calon yang bukan pilihan mereka. Ingatlah, Allah sentiasa melihat dan menilai segala perlakuan manusia.
Bertanding secara sihat kelak membentuk budaya profesional serta berkarisma dikalangan para pemuda bahkan menjadi contoh kepada generasi akan datang.
30 Oktober 2021 | 23 Rabiul Awal 1443H
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor