Home Berita PAS Selangor

PAS Klang raikan rakan jalanan di Pelabuhan Klang – PAS Kawasan Klang

43
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

PELABUHAN KLANG, 29 Oktober – PAS Kawasan Klang dengan kerjasama NGO Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Bakewanis, Ummah Care, KRC, Pondok Motivasi, dan Yayasan Amal pada malam ini telah meraikan gelandangan di sekitar Pelabuhan Klang dengan menyediakan juadah makan malam.

Sehubungan dengan program Genggam Selangor, PAS Kawasan Klang mengambil inisiatif dengan melakukan kerja-kerja amal ini yang bermula di Hentian Bas Pelabuhan Klang sekitar 9.00 malam.

Antara yang hadir ialah Timbalan YDP PAS Kawasan Klang, Naib YDP PAS Kawasan Klang, Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Klang, AJK DMPK Klang dan Pemuda-pemuda PAS Kawasan Klang.

Sebanyak 100 pek makanan dan minuman telah disediakan untuk diedarkan kepada para gelandangan di sekitar Pelabuhan Klang.

Menurut Pengarah Program Genggam Selangor bagi peringkat kawasan Klang, Encik Izam Awalludin, “di samping kita memberi para gelandangan ini makanan dan minuman, kita mesti mencari solusi supaya golongan seperti ini dapat keluar daripada ‘kepompong hidup’ yang mereka lalui pada hari ini agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih bermakna”.

May be an image of 1 person and standing

“Terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Amal Malaysia (Klang) kerana membantu dari segi logistik dan pengawalan lalu lintas ketika mana program sedang berlangsung”, tambah Izam lagi.

Program pada malam ini selesai sekitar 11.15 malam.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor