Home Berita PAS Perlis

Final Liga Perlis: PJ temui pemain GSA FC

175
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 25 Mac 2022: Menjelang perlawanan akhir Liga Bola Sepak Perlis 2022 yang akan berlangsung pada petang ini, para pemain pasukan Guar Syed Alwi FC (GSA FC) mendapat suntikan semangat daripada Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd. Shukri Ramli.

Pada pertemuan yang diadakan di Padang Taman Kemajuan di sini, Mohd Shukri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang turut memberikan sedikit sumbangan kepada para pemain pasukan berkenaan.

Hadir sama pada pertemuan tersebut, pengurus pasukan GSA FC, Wan Hassan Ismail.

Mohd Shukri yang ditemui berkata, kejayaan pasukan GSA FC ke perlawanan akhir amatlah membanggakan kerana pasukan berkenaan bukanlah ‘nama besar’ berbanding beberapa pasukan lain yang turut bertanding.

 

“Kepada para pemain, saya ucapkan selamat maju jaya pada perlawanan petang esok (hari ini) dan berilah persembahan terbaik menentang pasukan lawan nanti.

“Kita doakan kejuaraan edisi pertama ini menjadi milik GSA FC,” katanya.

Sebanyak 10 buah pasukan dari seluruh negeri ini menyertai Liga Bola Sepak Perlis 2022 yang bermula pada Februari lalu.

Pada perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Tuanku Syed Putra Kangar malam ini, GSA FC akan turun menentang Lion Junior FC.