Home Kenyataan Media PAS Kedah

Final FA : Pemuda PAS sedia tayangan skrin seluruh Kedah

147 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
23 JULAI 2019

FINAL FA: PEMUDA PAS SEDIA TAYANGAN SKRIN SELURUH KEDAH

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengambil inisiatif menyediakan kepada rakyat Kedah yang tidak berpeluang ke Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini, merasai kehangatan saingan akhir Piala FA antara Kedah dan Perak melalui tayangan skrin gergasi.

Tayangan skrin gergasi untuk siaran langsung perlawanan akhir Piala FA tersebut akan ditempatkan di semua 15 kawasan Parlimen di Kedah di lokasi-lokasi utama.

Inisiatif ini juga diambil sebagai tanda sokongan padu kepada skuad Helang Merah agar mereka yakin seluruh rakyat Kedah memberikan sokongan besar walaupun tidak dapat bersama semasa perlawanan di Stadium Bukit Jalil nanti.

Sungai Petani akan menjadi lokasi utama diikuti kawasan-kawasan lain seluruh Kedah yang dikelolakan secara bersama oleh Dewan Pemuda PAS kawasan-kawasan dan PAS kawasan serta Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR).

Pemuda PAS Negeri Kedah bersama penyokong dan peminat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mahukan Kedah meletakkan harapan agar Kedah mengulangi kejayaan merangkul juara pada masa yang lalu.

Kami mendoakan semoga pasukan Kedah akan terus beraksi cemerlang dan merangkul kejuaraan dalam pertandingan akhir Piala FA dengan pelbagai sumber kekuatan yang dimiliki tanpa melupakan bahawa kemenangan adalah anugerah daripada Allah s.w.t.

“Demi Islam”

“Islam Memimpin Perpaduan”

“Pulun Kedah Pulun”

YANG BENAR,

Nurul Amin Bin Hamid
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah