Home Fastaqim

FASTAQIM 2.0 : Impak Maksima. Vol 4

2705
SHARE

Sekali Serban Dililit. Siri 77
14 Muharram 1439 / 05 Okt 2017

FASTAQIM 2.0 : IMPAK MAKSIMA. Vol 4

Oleh : Nasrudin bin Hassan

PENGORBANAN SYARAT KEMENANGAN

31. Tema FASTAQIM 2.0 ialah Hijau Menuju Kemenangan. Himpunan 200K itu sebagai roll call untuk memanggil semua jentera bagi mendapatkan arahan kerja dari kepimpinan bagi mengusahakan kemenangan yang disasarkan.

32. Kemenangan semanis madu memerlukan pengorbanan sepahit hempedu. Menang tidak semudah lafaz. FASTAQIM 2.0 menjadi tamrin am untuk terus mentarbiyah ahlinya supaya berkorban.

33. Malam pertama himpunan, puluhan ribu peserta tekun mendengar ucapan para pemimpin walaupun tapak himpun dilanda hujan lebat dan ribut petir. Mereka tidak berganjak sehinggalah majlis ditamatkan. Sebahagian besarnya pula terpaksa berjalan kaki antara 2 ke 5 kilometer untuk masuk ke tapak himpunan.

34. Mereka datang dengan pembiayaan sendiri. Ada yang terkandas beberapa jam dalam perjalanan kerana kenderaan mereka alami kerosakan. Namun mereka gagah mencari jalan untuk sampai jua ke Pantai Tok Jembal. Bagi mereka, segala payah sukar yang dilalui menjadi kenangan manis malah menguatkan semangat mereka untuk terus bersama perjuangan Islam.

35. Meskipun pihak penganjur menyediakan pelbagai kemudahan, namun berdepan dengan kehadiran peserta yang sebegitu ramai, pasti saja akan ada kesulitan yang memayahkan peserta, seperti putus bekalan air beberapa ketika, panas, terperangkap dalam jem yang teruk dan sebagainya. Segalanya mendidik mereka erti sabar dan tabah.

KHIDMAT KEBAJIKAN

36. Amal kebajikan terus sinonim dengan PAS. Ia telah menjadi disiplin yang terus disemai. FASTAQIM 2.0 merajahkan struktur amal kebajikan PAS kepada masyarakat sekaligus menjadi isyarat jelas kepada negara bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpotensi membina sebuah negara berkebajikan.

37. Bermula dengan anggota Jabatan AMAL yang lenjun peluh mengawal lalu lintas tanpa perlu menyusahkan polis trafik, team sukarelawan yang memberi khidmat am kepada peserta, raider yang berulang alik mencilok jem yang teruk memboncengkan peserta terutama orang tua dan yang kurang upaya. Segalanya dilakukan tanpa sebarang upah. Mereka seronok, enjoy dan puas dapat menabur bakti.

KEBERSIHAN ALAM SEKITAR

38. Pantai Tok Jembal agak terbiar. Semak dan sampah mencemari suasana sebelum FASTAQIM 2.0 berlangsung. Team kami telah bergotong royong membersihkan tapak dan mengindahkan landskap Pantai Tok Jembal bagi keselesaan peserta himpunan.

39. Sejurus selesai FASTAQIM 2.0, semua peserta pulang ke destinasi masing-masing, team kebersihan FASTAQIM 2.0 masih bertugas selama 2 hari berturut-turut untuk membersihkan tapak terutama di kawasan gerai. Misi gotong royong diteruskan sehingga tiada lagi sampah sarap malah Pantai Tok Jembal lebih dan indah dan bersih berbanding sebelum FASTAQIM 2.0

AKHLAK DAN DISIPLIN

40. Begitulah FASTAQIM 2.0 mendidik serta membentuk minda dan peribadi. Ia bukan sekadar himpunan biasa tetapi bagaikan satu kem latihan dan pembinaan peribadi pejuang yang soleh, berakhlak mulia dan berdisiplin tinggi.

bersambung …..