Home Fastaqim

FASTAQIM 2.0 : Impak Maksima. Vol 3

1498
SHARE

Sekali Serban Dililit. Siri 76
13 Muharram 1439 / 04 Okt 2017

FASTAQIM 2.0 : IMPAK MAKSIMA. Vol 3

Oleh : Nasrudin bin Hassan

TOKOH PROFESIONAL & TEKNOKRAT

21. Satu daripada impak besar kepada perjuangan PAS yang ditampilkan oleh FASTAQIM 2.0 ialah kebersamaan tokoh di peringkat nasional, iaitu Ybhg Dato’ Sri Hj Zakaria bin Hj Jaffar selaku Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (Mantan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM) dan Ybhg Dato’ Che Abdul Rahim bin Che Daud (Mantan Pengarah JPJ Malaysia)

22. Meskipun mereka bukan aktivis politik, namun selaku tokoh profesional dan teknokrat mereka tampil di pentas FASTAQIM 2.0 untuk menyatakan kebersamaan terhadap perjuangan PAS yang serius menentang rasuah. Kelantan yang ditadbir 27 tahun oleh PAS terus dinobatkan sebagai model sebuah kerajaan yang kepimpinannya bebas rasuah.

23. Demi kebenaran, siapa jua boleh bersama PAS dan PAS senantiasa bersama pihak yang memperjuangkan kebenaran. Mesej yang dibawa oleh FASTAQIM 2.0 ialah tiada siapa yang perlu gusar, apatah lagi untuk rasa bersalah bagi menyatakan kebersamaan dengan perjuangan PAS, selama PAS berada di atas landasan yang benar.

24. YB Tan Sri Khalid Ibrahim Mantan Menteri Besar Selangor sebagai contoh, meskipun mahu kekal sebagai pihak yang independent, namun hadir jua ke pentas FASTAQIM 2.0 untuk merestui dan menyokong perjuangan PAS.

70 PERATUS ANAK MUDA

25. Gelombang kebangkitan Islam mendepani saingan PRU 14 telah disinar oleh FASTAQIM 2.0, dimana kehadiran yang mencapai sasaran 200K itu adalah 70 peratus terdiri dari kalangan anak-anak muda.

26. Ia bukan sahaja merupakan gelombang kebangkitan Islam tetapi juga arus kebangkitan anak muda bersama gerakan perubahan sekaligus mencerminkan masa depan perjuangan Islam yang cerah dan gemilang.

Konvoi Bermotor Anak Muda

27. Antara aktiviti luar biasa dan menjadi kejutan besar FASTAQIM 2.0 malah menurut perkiraan saya, ia wajar di catat dalam Malaysia Book Of Records ialah Konvoi Bermotor anak muda yang mencecah sekitar 10 ribu buah motosikal dalam satu masa menuju ke tapak FASTAQIM 2.0.

IKRAR PILIHANRAYA

28. Nadi utama Himpunan FASTAQIM 2.0 ialah Ikrar Taat Setia pesertanya untuk bekerja gigih dengan penuh disiplin serta taat arahan parti dan pimpinan, khususnya bagi menghadapi PRU ke 14. Justeru ia menjadi turning point gelombang gerakan perubahan ke arah mengembalikan kuasa politik Islam di Malaysia.

Gimik Ikrar FASTAQIM 2.0

[MENARIK] Gimik ikrar Fastaqim 2.0

VIDEO GIMIK FASTAQIM 2.0Ramai yang menantikan video Gimik Fastaqim 2.0. Video yang menggambarkan penat jerih seorang pemuda untuk menyampaikan Skrol Ikrar Fastaqim 2.0 kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Apakah penat jerih yang dilalui anak muda ini? Apakah cabaran yang dilalui beliau? Jom kita saksikan. Selamat menonton dan sebarkan.Video ini dirakam dan diedit oleh Ehsan TV. Rakaman scene di Terengganu dibantu oleh TerengganuKini (JITN Terengganu). Jemput LIKE page kami dan tonton di saluran Youtube ini:https://youtu.be/n_A9qb7SRs4

Posted by Fastaqim 2.0 on 2hb Oktober 2017

29. Ikrar tersebut terlebih dahulu telah menyaksikan satu gimik yang sangat menarik sehingga menyentuh sanubari dan mengalirkan air mata tanpa disedari. Gimik yang telah memaparkan kegigihan, kesungguhan, kepayahan serta liku-liku yang terpaksa dihadapi oleh pejuang sebelum berjaya menggapai cita-cita perjuangan. (gimik tersebut boleh disaksi di sini : https://www.facebook.com/fastaqim.my/videos/1731199717175980/

DERMA FASTAQIM 2.0

30. Himpunan FASTAQIM 2.0 juga adalah manifestasi episod pengorbanan ahli PAS dan penyokongnya. Biarpun PAS sering difitnah dan dibelasah bertalu-talu oleh musuh politiknya, PAS terus evergreen dan mekar di hati masyarakat khasnya anak-anak muda.

Hadir mereka tanpa diupah dan dipaksa. Sebaliknya mereka hadir dengan penuh kecintaan kepada perjuangan, bersalut kesedaran untuk bangkit mengembalikan kekuatan ummah. Inilah asas yang membuatkan mereka pula menyumbang untuk membiayai perjuangan PAS.

(Suka saya umumkan secara rasmi bahawa jumlah sumbangan atau infaq peserta FASTAQIM 2.0 yang berlangsung pada 29 – 30 Sept 2017 ialah sebanyak RM364,629.05, EURO395 serta 5 utas rantai dan gelang emas yang belum disebut nilai)

bersambung …..