Home Fastaqim

FASTAQIM 2.0: Impak Maksima Vol. 01

3835
SHARE

Sekali Serban Dililit. Siri 74
11 Muharram 1439 / 2 Okt 2017

FASTAQIM 2.0: IMPAK MAKSIMA Vol. 01

Oleh : Nasrudin bin Hassan

1. Kejayaan FASTAQIM 2.0 capai matlamat, objektif dan sasaran, rupanya sangat dicemburui oleh setengah pihak. Lalu mereka tulis pelbagai artikel dan ulas secara negatif dengan tujuan discredit himpunan FASTAQIM 2.0

2. Saya tidak nafi adanya kelemahan dalam penganjuran program sebesar ini, pula dianjurkan oleh PAS sebagai sebuah parti politik yang bukan kerajaan. Namun saya selaku Pengerusi FASTAQIM 2.0 bergandingan dengan sahabat saya YB Saiful Bahri selaku Pengarah FASTAQIM 2.0 mewakili seluruh warga kerja FASTAQIM 2.0, sangat berpuas hati menyaksikan himpunan FASTAQIM 2.0 berlangsung dengan jayanya.

3. Insyaallah, post mortem akan dilakukan untuk mengesan kelemahan yang berlaku agar dapat diperbaiki dalam penganjuran majlis- majlis akan datang.

4. Namun sikap menimbus kejayaan dengan kelemahan adalah satu sikap yang tidak wajar.Suatu yang baik, layaknya kita sokong dan suatu yang lemah pula wajarnya kita bantu supaya jadi baik.

5. Saya tidak faham kenapa mereka cemburu, rimas dan resah dengan himpunan FASTAQIM 2.0. Sedangkan sudut baiknya terlalu banyak berbanding aspek lemah.

6. FASTAQIM 2.0 telah adunkan antara pengisian spiritual, fizikal dan mental. Samada secara langsung yang dijadualkan mahu pun secara tidak langsung yang berlaku secara natural di luar dari apa yang dijadualkan.

7. Kuliah maghrib yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Kader al Jofree, Syeikh Dr Muhammad Mu’taz As Subaili, Bicara sore oleh Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus, Forum bersama Sdr Yusuf Azmi, Ust Ahmad Dusuki Abd Rani dan PU Akram, serta solat fardhu berjamaah dan munajat menjadi pengisian yang menyegarkan jiwa dan minda peserta FASTAQIM 2.0

8. Ceramah umum serta solidariti Rohingya turut mengisi ruang informasi kepada peserta. Membekalkan maklumat berguna untuk mereka. Seri majlis dilengkapkan dengan alunan Nasyid Perjuangan yang bertenaga dan semangat dari beberapa kumpulan Nasyid popular tanahair, UNIC, Hijjaz, ArRaasy, Wadi El Jadid.

9. Lebih mengesan ialah lagu rasmi FASTAQIM yang dibawa oleh Shoutul AMAL. Nasyid yang bukan sahaja membakar semangat tetapi membuatkan ramai menitiskan air mata kesedaran untuk bangkit berjuang memenangkan Islam di bumi bertuah ini.

10. Hiburan santai yang menceriakan suasana dihidupkan oleh Sahabat Akustika Buskers, Jen Endoro, Zul Handy Black dan Ijam Medicine. Mereka muatkan lirik dan lagu ketuhanan serta nasihat yang baik dalam persembahan mereka, sambil menitipkan hiburan yang tidak bercanggah dengan syariat.

bersambung …..