Home Berita PAS Johor

Fahami Matlamat kesatuan, Umat Islam Akan Teguh

857
SHARE

FAHAMI MATLAMAT KESATUAN, UMAT ISLAM AKAN TEGUH

PAS Kawasan Tebrau dengan kerjasama UMNO Bahagian Tebrau telah mengadakan Ceramah Perdana Himpunan Perpaduan Ummah Parlimen Tebrau yang bertempat di Kawasan Lapang Jalan Nenas Utama, Taman Kota Masai kelmarin.

Majlis yang meriah dengan kehadiran seluruh lapisan masyarakat serta ahli PAS dan UMNO Tebrau dipenuhi dengan pidato daripada Datuk Maulizan Bujang Ketua Bahagian UMNO Tebrau, Dr Mohd Mazri Yahya Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk IR Hasni Sulaiman Ketua Perhubungan UMNO Johor, Al-Fadhil Ustaz Abdullah Husin Pesuruhjaya PAS Johor dan penceramah utama Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dasuki Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Kedua-dua pimpinan PAS dan UMNO dalam ucapannya terus mengingatkan hadirin untuk memahami tujuan utama kerjasama yang terjalin dengan baik antara PAS dan UMNO dan menyeru seluruh rakyat memelihara dan memperkukuhkannya. Dr Mohd Mazri dalam ucapannya menyatakan bahawa penting untuk setiap rakyat memahami bahawa ikatan atas dasar Islam dan kepentingan ummah adalah lebih kuat berbanding ikatan kekeluargaan. Beliau memberi contoh persaudaraan Aus dan Khazraj yang bermusuhan beratus tahun akhirnya dengan rahmat Islam dipersaudarakan dan diikat dengan ikatan yang sangat kukuh.

Pidato daripada Dato’ Dr Asyraf Wajdi juga menyeru seluruh rakyat memelihara kesatuan yang terjalin ini dengan benar-benar memahami bahawa kesatuan ini merupakan tuntutan Islam yang telah Allah rakamkan di dalam Al-Quran di banyak tempat. Terdahulu, beliau menerangkan kebobrokan pimpinan Pakatan Harapan yang terlalu ingin meruntuhkan umat Melayu dan haknya menerusi Statut Rom dan isu Tabung Haji.

Semoga kesatuan antara dua parti umat Islam dan Melayu terbesar di Malaysia terus dipelihara dan disemarakkan di seluruh negara.