Home Berita PAS Perak

Eratkan ukhwah melalui gotong-royong bubur asyura

181
SHARE

Oleh : Ez

BUKIT GANTANG , 28 Ogos 2022 : Bubur lambuk adalah makanan tradisi orang Melayu dan menjadi juadah istimewa yang mampu mengeratkan silaturahim sesama anggota masyarakat.

Ketua PAS Cawangan Kampong Pak Dollah , Haji Ramli Haron berkata bubur lambuk merupakan simbol keakraban masyarakat kampung terjalin erat.

“Bukan sahaja masa kita hantar bubur lambuk kita dapat bertanya kabar tetapi tradisi bergotong royong untuk menyediakannya juga salah satu cara untuk bertemu mata jiran sekampung.

Ramli berkata demikian ketika ditemui dalam ‘ Program Memasak Bubur Asyura’ yang diadakan di perkarangan rumah beliau di Lorong 2 , Kampung Pak Dollah di sini.

Program sempena sambutan Maal Hijrah 1444H ini adalah anjuran PAS Cawangan Kampung Pak Dollah yang melibatkan ahli PAS cawangan serta masyarakat setempat.

Sebanyak tiga kawah bubur asyura telah disediakan di mana sebanyak 200 bungkus bubur asyura telah berjaya diagihkan kepada mereka yang hadir, ahli PAS cawangan serta komuniti keluarga kariah Kampung Pak Dollah.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang, Zu Hazmin Badri dan Setiausaha NGO Khadijah Prihatin, Puan Norshimah Megat Kassim.