Eratkan Hubungan Jentera Dan Ahli Hadapi PRU 14
TAIPING : Pelancaran jentera pilihanraya mampu menjadi titik tolak kepada wujudnya kerjasama erat dalam kalangan ahli dan penyokong untuk agar bersiap sedia menghadapi Pilihanraya Umum 14, demikian menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Pusat , Ustaz Dato Dr Nik Zawawi Nik Salleh.
Harapannya, PAS dan Gagasan Sejahtera mampu menawan banyak kerusi dalam pilihanraya akan datang serta membentuk sebuah kerajaan terbaik kepada rakyat.
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata semua ahli PAS dalam Parlimen Bukit Gantang dapat memperkukuhkan perpaduan.
Tambahnya, membina persefahaman sesama yang baik mereka dapat menepis apa juga ancaman dari dalam dan luar parti.
Solat sunat hajat turut diadakan dan penyerahan bendera PAS telah disempurnakan oleh Dato Dr Nik Zawawi Nik Salleh kepada Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD )Kuala Sepetang , Changkat Jering dan Trong sebagai simbolik persediaan menghadapi PRU14.
{jathumbnail off}