Home Fastaqim

Epal Tersenyum Simpul di Fastaqim 2.0

1206
SHARE

Epal Tersenyum Simpul di Fastaqim 2.0

KUALA NERUS, 30 Sept – Pertandingan Kupas Epal di Sukan Pantai Fastaqim 2.0 memperlihatkan kemahiran seni halus dari tangan-tangan kaum wanita.

Syarat permainan kupas epal ini bergantung kepada kepanjangan kulit epal yang dikupas. Semakin panjang kulit epal yang dikupas oleh peserta pertandingan, maka dialah dikira sebagai pemenang.

Setiap peserta bersungguh-sungguh mempamerkan bakat dan kemahiran masing-masing bagi memenangi acara ini.

Tempat pertama Pertandingan Kupas Epal telah dirangkul oleh Aiasah bt Sitam, tempat kedua dimenangi oleh Norfazlina Nawi dan tempat ketiga jatuh kepada Mariati Ismal. Tahniah diucapkan kepada para pemenang!