Home Artikel PAS Sabah

Empat keluarga hilang tempat tinggal

305
SHARE

Oleh : Shela Annisa

29 Disember 2019

TUARAN : Kebakaran di Kampung Sawah Tuaran pada 26 Disember baru-baru ini telah mendapat perhatian dari pelbagai pihak.

Kebakaran yang berlaku sekitar jam 7 malam itu menyebabkan 3 buah rumah musnah dijilat api dan mengakibatkan empat keluarga kehilangan tempat tinggal.

Menurut penduduk kampung, kebakaran berpunca daripada  litar pintas.

Dengan itu, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS Tuaran (LKKPT) diketuai oleh pengerusinya, Mat Takim Matdiri menziarahi para mangsa pada hari Jumaat yang lalu.

Menurut Ustaz Mat Takim ziarah susulan akan diadakan dalam masa terdekat untuk menyampaikan bantuan kepada para mangsa.

Beliau juga merayu  kepada orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada para mangsa untuk meringankan beban mereka.

Beliau menyatakan sebarang sumbangan berbentuk wang hendaklah disalurkan ke akaun Bank Islam PAS Kawasan Tuaran (10052010009871) .

Dan sebarang transaksi hendaklah dimaklumkan kepada beliau di nombor 019554643 atau kepada Noorlela binti Dasan di nombor 0167671459.