Home Kenyataan Media PAS Kedah

Ekoran kapal PH berpecah, Mukriz umum kerajaan pelampung

7956
SHARE

KENYATAAN RASMI BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI KEDAH

3 Rejab 1441H
27 Februari 2020M

EKORAN KAPAL PH BERPECAH
MUKHRIZ UMUM KERAJAAN PELAMPUNG

  1. Politik negara sedang berada dalam kemelut berlarutan hingga hari kelima. Masih belum kelihatan ada cahaya terang akan bersinar dalam masa terdekat.
  2. Angkara kesempitan berpolitik ini tercetus selepas perbalahan antara tiga parti dalam PH menyebabkan kapal mereka pecah bila Bersatu umum keluar daripada PH.
  3. Tidak semena-mena hari ini, DS Mukhriz Mahathir mengumumkan Kerajaan Kedah masih kekal dan stabil. Sedangkan kapal mereka sudah berpecah di peringkat Pusat.
  4. Inilah bentuk Kerajaan Pelampung yang menggunakan tayar-tayar buruk hanya diikat dengan tali reput antara satu sama lain.
  5. PAS Kedah berharap rakyat menolak harapan palsu yang masih cuba dimomok-momokkan oleh pemimpin Bersatu plus PH ini.
  6. Pelampung serta serpihan kapal PH itu tidak akan bertahan lama kerana gelombang kebangkitan rakyat semakin kuat bergelora dari hari ke hari. Hanya menunggu masa Perlimen dibubarkan sahaja.
  7. PAS dengan kekuatan 15 kerusi dalam DUN Kedah bersama dua daripada UMNO terus memperkukuhkan agenda Muafakat Nasional dalam usaha ketengahkan Kerajaan Lebih Sejahtera kepada rakyat.

‘ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN’

Salam Hormat,
Ustaz Haji Ahmad Yahaya,
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah,
Alor Setar.