Home Berita PAS Sabah

Ahli PAS laksana ‘sniper’ menerang maklumat parti.

767
SHARE

Oleh : Junid Azam
13 Oktober 2019

SANDAKAN : Ahli PAS yang bertindak sebagai ejen penerangan adalah seperti penembak tepat yang menggunakan ‘sniper’ dalam peperangan di media sosial pada zaman teknologi yang bidikannya perlu tepat dan kena pada musuh.

Demikian ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Sabah, Sahar Abdul Majid dalam Majlis Penutupan Bengkel Pengurusan Strategik Lajnah Perhubungan dan Media Baharu PAS Negeri Sabah di sini, semalam.

Ahli PAS perlu meletakkan diri sebagai benteng hadapan parti tersebut bagi menjawab dan mempertahan prinsip-prinsip yang dibawa iaitu Islam.

“Dalam masa yang sama, kita (ahli PAS) mestilah menjaga adab dalam media sosial dengan menyampaikan fakta dan elakkan fitnah,” tegas Sahar.

Tambahnya, ejen penerangan mestilah memahami dan seterusnya menghadam isi kandungan tawaran yang diperkenalkan oleh PAS sebagai contoh adalah Dokumen Hijau dan juga Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS).

Sahar juga berpesan agar semua ‘penembak tepat PAS’ ini membina kekuatan rohani dengan menjaga setiap amalan wajib dan meningkatkan lagi amalan-amalan sunat.