Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Petaling Jaya
Oleh : Umar Al-Hayawi
PETALING JAYA, 29 Julai – Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Petaling Jaya, Ust Zulkifli bin Mohd Nor bersama Yang Dipertua PAS Kawasan Petaling Jaya, Ust Ghazali Shaari Al Hafiz telah menyerahkan sumbangan berupa pek makanan kepada para frontliner di Klinik Kesihatan Taman Medan. Sebanyak 160 bungkus Nasi Ayam kukus telah diserahkan.
Semoga usaha ini dapat menyuntik semangat para fronliners negara dalam mnejalankan tugasan mereka disaat pandemik Covid-19 yang semakin mengganas termasuk varian baru yang dikenalpasti dan juga semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan buat para frontliners negara dalam memikul amanah negara menentang pandemik ini.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor