Home Berita PAS Selangor

Bakul Perihatin PN terus memberi manfaat kepada rakyat – PAS Kawasan Kuala Selangor

67
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

PETALING JAYA, 29 Julai – PAS DUN Jeram di bawah naungan Parlimen PAS Kawasan Kuala Selangor terus menerus menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab kebajikan rakyat di seluruh kawasan Kuala Selangor.

Pimpinan Parlimen Petaling Jaya seperti, Pengarah JPRD Jeram Hj Mohamad Ismail, Encik Aizat Ketua Cawangan Parti Bersatu Felda Bukit Cerakah merangkap Penyelaras Bakul Makanan Perihatin Nasional Kuala Selangor serta Tuan Hj Rosli Mantan Ketua Cawangan Umno Felda Bkt Cerakah telah turun menyantuni rakyat yang berada dalam kesusahan.

Bantuan Bakul Makanan Perihatin sumbangan Perikatan Nasional telah disampaikan kepada 2 buah keluarga yang sedang kuarantin Covid-19 serta buat sebuah keluarga Asnaf di Felda Bukit Cerakah.

Semoga segala sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada para penerima dalam meneruskan kehidupan meskipun berada terperangkap dalam fenomena pandemik Covid-19 ini dan juga semoga Allah SWT mengangkat semula wabak Covid-19 daripada terus memudaratkan negara kita Malaysia ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor