Home Berita PAS Sabah

Edaran juadah berbuka pupuk amalan bersedekah

136
SHARE

 

Oleh: Yusrizal Baco
12 April 2022

LAHAD DATU : PASTI Lahad Datu mengadakan edaran juadah berbuka puasa secara percuma kepada orang ramai di Stesen Minyak Shell, IPeak pada Ahad.

Menurut Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan, Nizam Latuah, edaran itu bertujuan untuk memupuk amalan bersedekah dalam kalangan masyarakat.

“Program ini adalah program tahunan PASTI Lahad Datu, kami memasak dan mengedar juadah berbuka puasa kepada orang ramai supaya dapat menghidupkan bulan Ramadan dengan amalan bersedekah,” ujarnya lagi.

Nizam sempat menemui ketua pengurus Shell Ipeak bagi menyatakan terima kasih atas kerjasama yang diberikan kerana membenarkan edaran dilakukan di kawasan tersebut.

Turut hadir sama Ketua Urusan Ulama PAS Lahad Datu, Ustaz Zaki Ibrahim.

 

Terdahulu, program itu bermula dengan memasak juadah berbuka pada pukul 11 pagi oleh guru-guru bersama ibubapa PASTI dan berakhir dengan edaran juadah pada pukul 5.30 petang.