Home Artikel PAS Sabah

Edaran Bubur Lambuk PAS Kudat jalin hubungan setempat.

77 views
SHARE

Oleh: Laila Ismail
21 Mei 2019

KUDAT: Pemuda PAS Kudat saban tahun melaksanakan program edaran bubur lambuk sekitar daerah Kudat bagi mengeratkan hubungan antara Pemuda PAS Kawasan dengan masyarakat setempat.

Aktiviti ini diadakan sebagai simbol semangat untuk memperoleh ganjaran pahala memberi makan orang berbuka disamping memupuk ukhuwah dikalangan ahli PAS bersama orang-orang kampung.

Program yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kudat turun santuni hampir 500 penduduk sekitar Kudat di Kampung Pantai Muhibbah Lajong, Kampung Pantai Bahagia, Kampung Tanjong Kapur dan Bazar Ramadan, Pekan Kudat

Program ini diketuai oleh Ketua Lajnah Hubungan NGO, Ahmad Bin Kapok dengan kerjasama Pemuda PAS Kudat mendapat sambutan yang mesra oleh penduduk tanpa mengira bangsa dan agama.

PAS Kawasan Kudat membuka tawaran infak bagi menampung program-program kebajikan yang akan dilaksanakan sepanjang ramadan dan syawal yang bakal tiba. Sumbangan kewangan boleh disalurkan di akaun BIMB PAS Kawasan Kudat, 1005 2010 0058 72.