E-Waste dan Kelestarian Alam Menurut al Quran
.
Sedutan ucapan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sekitar Ipoh, semalam :
.
E-waste (sisa elektronik) ini mempunyai bahan toksik dan logam berat yang sangat berbahaya seperti plumbum, raksa, arsenik, merkuri, selenium dan lain2 yang terkait dengan pencemaran alam sekitar.
.
Islam mengajar kita tentang tanggungjawab memelihara kelestarian alam. Di dalam al Quran sahaja, terdapat 16 ayat yang menggambarkan larangan merosakkan bumi. Firman Allah SWT di dalam Surah al Baqarah ayat 60
.
كُلُوا وَاشْرَبُوا مِن رِّزْقِ اللَّهِ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ
.
(Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.
.
Sisa-sisa ini jika dibiarkan dan terbakar, ianya berpotensi untuk mengeluarkan gas berbahaya seperti dioksin dan furan atau secara umumnya sejenis pencemaran yang terhasil dan mengandungi kimia. Justeru, pencemaran ini perlu dicegah selaras dengan kewajipan memelihara kelestarian alam.
Home Berita PAS Perak