“Bingkisan Rida’ Di Bahu” | Dewan Ulama PAS Selangor
Oleh : Ustaz Nushi Mahfoz
Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
Dewan Ulama PAS Negeri Selangor (DUPNS) menjunjung kasih titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang menyeru Umat Islam mencontohi sifat-sifat terpuji Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Baginda bertitah supaya umat Islam membuang segala sifat-sifat negatif yang ada termasuk sifat hasad dengki, fitnah memfitnah yang kerap berlaku di media sosial hari ini.
DUPNS amat menyokong dan memohon rakyat Malaysia menghayati teguran dan seruan yang dititahkan Sultan Selangor melihat kepada budaya membuli di media sosial dan sering meninggalkan kata-kata kesat untuk menyakiti hati mana-mana pihak.
Bukanlah salah menggunakan media sosial, namun bagaimana kita manfaatkannya dalam kehidupan seharian harus dinilai.
Sepatutnya ia menjadi platform untuk kita eratkan silaturahim, namun kini ia seolah menjadi platform untuk saling menyakiti sesama sendiri, terutamanya sekiranya melibatkan politik.
Malah, pelbagai maklumat maklumat palsu juga berlegar dengan cepat di media sosial. Pengguna juga dilihat gemar meninggalkan komen atau pandangan dengan beremosi.
DUPNS amat kesal dengan perkara ini dan berharap rakyat Malaysia, pengguna media sosial terutamanya berhijrah daripada sikap sering melemparkan kata kata kesat kepasa kata-kata yang lebih berhikmah.
Marilah kita bersama menjadi insan yang lebih baik, dan semoga beroleh keredhaan Allah SWT.
3 Muharram 1443 | 12 Ogos 2021
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor