Home Kenyataan Media PAS Johor

Strategi pecah belah : PN jangan terperangkap –

207
SHARE

PAS, UMNO dan BERSATU yang merupakan tiga parti teras kepada Melayu Islam dan bumiputera serta dukungan daripada badan NGO/NGI Melayu Islam, mahu atau pun tidak perlu berganding bahu bagi tujuan memimpin negara ke arah yang lebih positif dan efektif.

Mutakhir ini, parti UMNO dilihatkan semakin digoyahkan oleh mereka yang ingin memecahkan parti-parti Melayu Islam terutamanya DAP.

Tujuan utama mereka tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk merampas kuasa politik pemerintahan semata-mata.

Mereka dengan kepura-puraan kononnya ingin bersatu dengan Parti Islam, tetapi apabila sudah berkuasa mereka tidak menghormati perlaksanaan Islam dalam politik dan pemerintahan.

PAS sebelum ini sudah mempunyai sejarah merasai dalam kerjasama politik dengan DAP, yang akhirnya telah menyerlahkan wajah sebenar DAP.

Maka, saya menyeru kepada semua parti dan juga badan NGO yang berteraskan Melayu Islam, untuk terus berganding bahu memimpin negara ke arah yang lebih baik.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini perlu diperkuatkan agar tidak digoyahkan oleh anasir-anasir politik yang berniat buruk dan berkepentingan, terutamanya daripada pimpinan parti DAP.

Pengalaman semasa PRU-14 yang lalu telah mencatatkan, kekalahan akibat perpecahan yang membawa kepada perlawanan tiga penjuru daripada parti-parti Melayu mesti dijadikan pengajaran agar ianya sama sekali tidak dibiarkan berulang kembali.

Peluang kedua ini mesti dimanfaatkan untuk Perpaduan Ummah agar Melayu Islam tetap gemilang berdaulat di tanah air tercinta ini.

Terima kasih.

#menangbersama #pertahankanPN #perkukuhkanMN

RUSMAN KEMIN

Ketua Penerangan

Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (PAS Johor)

12 Ogos 2021 | 3 Muharram 1443H