Home Artikel PAS Sabah

DUPNS anjur Hi Tea kumpul dana

148 views
SHARE
  • Oleh: AMIRUDDIN MOHD ROSDI

    KOTA KINABALU: Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah (DUPNS) akan menganjurkan acara Hi Tea untuk mengumpul dana gerak kerja parti.

    Acara yang berkonsep sembang santai ini akan dihadiri oleh tetamu khas iaitu Ustaz Muhd. Najhan Shahir Abdul Halim, Pengarah Pilihan Raya Dewan Ulamak PAS Pusat.

    Ujar Pengarah Tanzim Pelaksana Hi Tea DUPNS, Ustaz Abu Khadijah, acara tersebut dijadualkan berlangsung pada 31 Ogos ini di Seri Tahfiz Al-Ilmi, Keningau.

    “Kerusi ditetapkan khas hanya untuk 150 orang dan jika ada pihak yang berminat, pendaftaran masih boleh dibuat.

    “Yuran penyertaannya adalah RM30 sahaja dan acara akan bermula dari pukul 4.30 hingga 6.00 petang,” katanya.

    Jika berminat, pendaftaran atau sebarang info lanjut boleh diajukan menerusi talian 019-969 2119 (Abu Khadijah).