Home Artikel PAS Sabah

Berita terkini: Tawau Banjir Kilat 5 kampung tenggelam

802
SHARE

TAWAU  20 Ogos ~ Hujan lebat turun berterusan dari semalam hingga tengahari tadi telah menyebabkan banjir kilat berlaku di sekitar daerah Tawau.

Info setakat ini 5  tempat telah  ditengelami air  iaitu  kg Serudung Baru , Kg Inderasabah, Kg Apas Parit , Kg Rawa Rawa dan Kg Pasir Putih.

Kedalaman air sehingga ada rumah penduduk yang kelihatan atap sahaja , manakala di Kg Serudung Baru sebuah rumah telah dihanyutkan air.

Walaupun air banjir telah surut proses pembersihan sedang dilakukan oleh para mangsa dibantu oleh badan beruniform .

  keadaan Kg Apas Parit .

SK Kuala Apas tengelam

Pihak Bomba bersama guru-guru dan orang kampung bekerjasama memindahkan murid-murid tadika ke kawasan yang selamat.

Masjid Nur Sulaiha Batu 15