Home Berita PAS Terengganu

DUN Terengganu bersidang 13 september

48
SHARE

Oleh : Husaif Mamat

KUALA TERENGGANU, 15 Julai – Kerajaan negeri Terenngganu hari ini memaklumkan bahawa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akan diadakan pada 13 hingga 15 September depan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perkara itu disahkan selepas Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan pembukaan sidang DUN Terengganu pada tarikh terbabit.

“Makluman akan dihantar kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas ini.

“Insya-Allah ia akan berlangsung dengan prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan dan mendapat kelulusan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” ujar beliau ketika dihubungi UPDI hari ini.

Untuk rekod, beberapa negeri sudah mengesahkan tarikh persidangan DUN masing-masing pada Ogos hingga September depan antaranya Selangor, Johor dan Perak.