Home Berita PAS Pahang

Dun Tahan kekal milik PAS

1356
SHARE
Ustaz Zakhwan (di tengah), Andansura (kiri), serta barisan peguan sejurus keputusan diumumkan

“Sekarang masa untuk saya melaksanakan dan meneruskan khidmat saya kepada semua penduduk DUN Tahan. Doakan saya agar dapat melaksanakan amanah ini dengan sebaiknya,” tulisnya dalam mesej pendek secara spontan setelah diisytiharkan sebagai kekal sebagai wakil rakyat di Dun berkenaan.

PAS Pahang berjaya mengekalkan kerusi Tahan melalui Adunnya, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin setelah hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak petisyen Pilihanraya DUN Tahan yang dikemukakan oleh bekas calon BN Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak,  dengan kos RM10,000 kepada setiap Responden.

 

Petisyen berkenaan dibuat bantahan awal di Mahkamah Temerloh melalui peguam Mohd Harris Abdullah serta rakan-rakannya.

Wan Amizan yang diwakili peguam Datuk Ng See Teong dan Ravi Neekoo memfailkan petisyen itu pada 18 Jun lalu bagi memohon mahkamah mengarahkan jumlah undi rosak dikira semula.

 

Sementara itu Ustaz Zakhwan menyambut kemenangannya dengan melahirkan kesyukurannya sejurus selepas keputusan berkenaan diumumkan.

 

 

“Saya dengan rasa penuh kesyukuran mengucapkan jutaan terima kasih buat barisan peguam yang diketuai oleh Tuan Mohd Harris Abdullah dan pasukannya, para pimpinan PAS Negeri Pahang YB Ustaz Rosli Abdul Jabar, YB Andansura Rabu, Ustaz Yohanis Ahmad dan semua ahli-ahli PAS serta para penyokong yang siang malam mendoakan saya dan PAS sejak dari mula proses perbicaraan hingga ke hari ini.

 

Pada PRU lepas Zakhwan memenangi Dun Tahan dengan majoriti 69 undi. Zakhwan memperolehi 5,638 sementara Wan Amizan mendapat 5,569 manakala undi rosak 255.

Zakhwan dinamakan sebagai defendan pertama dan SPR defendan kedua.

Selain Harris, Zakhwan diwakili peguam-peguam, Kamaruzaman A. Wahab, Saifudin Osman dan Azahari Saleh.

Manakala SPR diwakili Satiya Kumar Dass.