Home Berita PAS Perlis

MTD Kuala Perlis Timba Ilmu di Pantai Timur

967
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Negeri Kelantan dan Terengganu menjadi destinasi pilihan Kembara Tarbawi Majlis Tindakan DUN (MTD) Kuala Perlis yang telah diadakan pada 30 Ogos hingga 1 September 2018.

Program telah disertai oleh seramai 42 orang peserta terdiri daripada para penggerak MTD.

Menurut pengarah program, Saudara Abu Mus’ab, kedua-dua negeri berkenaan dipilih atas faktor gerak kerja pilihan raya yang cemerlang hingga membolehkan PAS membentuk kerajaan.

Katanya lagi, matlamat utama lawatan adalah bagi memberikan pendedahan kepada para peserta berhubung aspek gerak kerja pilihan raya serta pengurusan organisasi daripada kedua-dua negeri tersebut.

“Dengan melihat sendiri bagaimana mereka bekerja hingga membolehkan PAS mentadbir di sana (Pantai Timur), kita berharap dapat menyuntik semangat dalam kalangan penggerak UPU untuk terus istiqamah melaksanakan gerak kerja parti menuju PRU15 nanti,” ujarnya.

Antara pengisian program sepanjang tiga hari acara kembara berlangsung adalah sesi taklimat oleh Lajnah Penerangan PAS Negeri Kelantan dan PAS Kawasan Marang, ziarah keluarga Tuan Guru Presiden PAS serta menghadiri Kuliah Dhuha di Masjid Rusila.